Saya telah membaca sebuah buku yang bertajuk Money: Master The Game karya Tony Robbins. Dalam buku ini terkandung petua-petua kewangan yang berkesan. Terdapat 3 pengajaran penting daripada buku terlaris ini.
Pertama, jangan pandang rendah kuasa pelaburan. Tujuan kita melabur untuk melipat gandakan duit kita. Semakin awal kita melabur, semakin berganda duit kita. Cuba lihat gambar dibawah. Jack (garisan biru) mula melabur seawal usia 25 tahun, manakala Jill (garisan hijau) mula melabur ketika 35 tahun, dan paling lewat melabur ialah Joey (garis merah) ketika usia 45 tahun. Jelas menunjukkan semakin awal kita melabur, semakin banyak duit kita.
Kedua, tidak perlu jadi jutawan untuk bebas kewangan. Ramai yang salah faham yang kita perlu dapat gaji juta-juta atau sales juta-juta untuk bebas kewangan. Sebenarnya tidak. Jika anda mampu hasilkan RM 82,956 setiap tahun secara pasif. Anda sudah layak untuk berhenti kerja. Kenapa?Menurut Jabatan Statistik Malaysia, purata perbelanjaan isi rumah bulanan untuk Kuala Lumpur ialah sebanyak RM 6,193 sebulan atau 82,956 setahun. Hah, jadi nampak tak? Konsepnya kumpul duit dan melabur sampai kita mampu hasilkan kos perbelanjaan kita. Selepas itu, kita dah tak perlu kerja.
Ketiga yang juga terakhir, gunakan SISTEM 3 BAKUL untuk mempelbagaikan pelaburan. Sistem 3 bakul merujuk kepada bakul Security, Growth, dan Impian.
Bakul security merujuk kepada pelaburan yang memberi pulangan rendah atau sederhana akan tetapi selamat dan stabil. Sebagai contoh, Tabung Haji, ASB, dan Sukuk.
Berbeza pula dengan bakul growth yang merujuk kepada pelaburan yang berpotensi memberi pulangan tinggi namun ada kemungkinan berdepan dengan kerugian jangka pendek seperti saham dan unit amanah.
Apa tujuan kita melabur kalau bukan untuk mengisi Bakul Impian. Simpan sedikit pulangan pelaburan kita ke dalam bakul ini. Tujuannya untuk kita menikmati duit yang kita ada seperti membeli kereta idaman, rumah impian, atau destinasi pilihan.
Saya sendiri mengamalkan konsep ini. Setiap kali gaji misalnya, saya akan simpan 30% untuk pelaburan - 15% untuk bakul security, 15% untuk bakul growth. Eh, mana bakul impian? Apabila saya telah mendapat pulangan daripada pelaburan saya apabila cukup tahun, saya akan ambil 10% untuk masukkan dalam bakul impian saya. Begitulah cara saya mengaplikasikan teknik ini.
Kesimpulannya, pastikan anda melabur awal, tetapkan matlamat kewangan, dan urus pelaburan anda. Oleh itu, anda pasti tidak akan menyesal di hari kemudian kelak. Apa tunggu lagi, kalau belum mula melabur, ayuh mulakan sekarang!
Rujukan
1. Jabatan Statistik Malaysia
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=323&bul_id=c3JpRzRqeTNPamMxL1FpTkNBNUVBQT09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09
2. Money: Master The Game oleh Tony Robbins